KUOTA jemaah dan kos mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah masih lagi belum ditetapkan.
Perkara itu dijelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad yang berkata, isu penambahan kuota serta kos mengerjakan ibadah wajib tersebut bakal diputuskan selepas pertemuan semula dengan kerajaan Arab Saudi pada awal tahun hadapan.
“Kita akan adakan mesyuarat semula dengan Kementerian Haji Arab Saudi, sekarang Menteri Haji mereka juga baru dilantik.
“Awal tahun hadapan pihak Tabung Haji (TH) akan adakan pertemuan bagi membincangkan perkara ini. Buat masa ini kos serta kuota masih tidak berubah,” jelasnya ketika sidang media dipetik Kosmo, hari ini.
Mengulas mengenainya, Idris berkata, jumlah kuota akan ditentukan serta bergantung kepada keadaan semasa pandemik Covid-19 di Arab Saudi.
“Insya-Allah jumlah kuota jemaah kita akan ditentukan serta bergantung kepada keadaan terkini di sana,” katanya. – Malaysiapost

