PAS mengumumkan turut bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dengan meletakkan calon tunggalnya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang berkata, keputusan itu dibuat kerana mengambil kira keadaan semasa Covid-19 yang mengehadkan kempen pilihan raya.
Katanya, calon tunggal parti itu ialah Setiausaha PAS Sarawak, Mohammad Arifiriazul Paijo.
“Keputusan meletakkan hanya seorang calon pada PRN Sarawak dibuat berdasarkan beberapa faktor termasuk situasi Covid-19 yang masih belum berakhir.
“PAS juga mahu memelihara hubungan di peringkat pusat dengan kerajaan pelbagai parti termasuk Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya pada sidang media, malam tadi.
Mohammad Arifiriazul, 37, merupakan usahawan dan pernah bertanding di Lambir, satu daripada 11 kerusi yang ditandingi PAS pada PRN-11 Sarawak. – Malaysiapost

