Covid-19: 36 kes kematian semalam, 8 BID

0
1
Jenazah covid-19 ditutup dengan keranda selepas dimasukkan ke dalam kubur di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 36 kematian baharu akibat Covid-19, setakat tengah malam tadi.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 30,574 sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, lapan daripada 36 kes kematian yang dilaporkan, berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Manakala, sebanyak 62,668 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Bagi proses kuarantin, sebanyak 51,062 individu atau 81.5 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 6,124 pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara, sebanyak 4,992 kes dirawat di hospital dan 499 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU pula membabitkan 221 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 269 lagi memerlukan mesin ventilator. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here