GERAKAN tidak ekstrem menentang perjuangan Islam

0
1

KETERSEDIAAN GERAKAN yang tidak ekstrem menentang perjuangan Islam memberi peluang pendekatan kefahaman mengenai agama ini kepada masyarakat Cina.

Ketua Penerangan PAS, Senator Ir Khairil Nizam Khiruddin berkata, selain itu, parti itu juga bersedia untuk belajar dengan lebih mendalam mengenai konsep ‘Rahmat Islam untuk Sejagat’ daripada PAS berlandaskan kepada Prinsip Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, beliau berkata, PAS akan berusaha memberikan kefahaman Islam kepada GERAKAN agar pendekatan Islam tulen dapat diterima oleh masyarakat Cina.

“InsyaAllah, dikesempatan peluang dakwah yang terbuka luas ini, PAS akan bersikap lebih proaktif dalam usaha-usaha memberikan kefahaman Islam khususnya kepada rakan kami Parti GERAKAN agar pendekatan Islam yang tulen akan lebih diterima oleh masyarakat Cina dalam negara kita pada masa akan datang,” katanya menerusi Facebook.

Dalam hantaran sama, Khairul memaklumkan beliau bersama pimpinan utama Perikatan Nasional (PN) yang lain telah dijemput untuk menghadiri Persidangan Perwakilan Nasional ke-50, Parti GERAKAN Rakyat di Dewan Wawasan Tun Dr Lim Keng Yaik, Menara PGRM, hari ini.

“Inilah yang dimaksudkan oleh YB Tuan Guru, Tan Sri Presiden PAS, ‘Kita berjaya menubuhkan PN yang lebih terbuka dan kuat, sehingga berjaya mengambil alih Kerajaan Persekutuan, laksana menanam benih yang baru tumbuh dengan subur’.

“PAS tidak boleh terkongkong dalam sebarang permuafakatan yang kaku serta sekadar menjadi penumpang dalam perjalanan politik negara.

“Sebaliknya, katanya, PAS mestilah menjadi pemimpin bersama rakan-rakan yang lain sehingga berjaya menarik sokongan rakyat menyelamatkan negara,” katanya. – MalaysiaPost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here