Balai Polis Setapak ditutup 7 hari

0
1

BALAI Polis Setapak ditutup selama tujuh hari bermula hari ini, susulan beberapa pengawainya positif Covid-19.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, penutupan sementara itu dilakukan bertepatan dengan arahan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam usaha mencegah penularan Covid-19.

“Namun begitu, perkhidmatan polis di bawah pentadbiran Balai Polis Setapak  seperti rondaan cegah jenayah, Unit Rondaan Bermotosikal dan elemen lain dalam polis berjalan seperti biasa

“Bagi urusan pengeluaran permit, orang ramai diminta ke balai polis berhampiran di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, orang ramai khususnya di bawah pentadbiran Balai Polis Setapak yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Hotline Polis Wangsa Maju di talian 03-9289 9222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here