Covid-19: 17 kes kematian baharu semalam

0
1

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 17 kematian baharu akibat Covid-19, setakat tengah malam tadi.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 30,538, sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, empat daripada 17 kes kematian yang dilaporkan, berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Manakala, sebanyak 62,486 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Bagi proses kuarantin, sebanyak 50,925 individu atau 81.5 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 6,038 pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara, sebanyak 5,024 kes dirawat di hospital dan 499 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU pula membabitkan 230 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 269 lagi memerlukan mesin ventilator. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here