PRN Sarawak: Abang Johari ‘tukar angin’ ke DUN Gedong

0
2

PENGERUSI Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Openg beralih bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, kali ini.

Beliau yang sebelum ini menyandang kerusi DUN Satok selama lapan penggal atau kira-kira 40 tahun, menggantikan Datuk Mohd Naroden Majais di kerusi DUN tersebut.

Abang Johari membuat pengumuman mengenai keputusan itu sendiri di Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Calon GPS, Kuching, hari ini.

Pengumuman berkenaan sekali gus menamatkan spekulasi kerusi yang akan ditandinginya dan turut menyaksikan Naroden mengundur diri daripada bertanding pada PRN Sarawak pada 18 Disember ini.

Dua Timbalan Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pula masing-masing kekal bertanding di kerusi DUN Bukit Saban serta DUN Bukit Sari. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here