31 motosikal roda tiga disita

0
2

SEBANYAK 31 motosikal roda tiga yang digunakan warga asing disita dalam operasi di sekitar Ampang Jaya sepanjang 20 hingga 30 November lalu.

Operasi Penguatkuasaan Roda Tiga itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat IPD Ampang Jaya.

Dalam satu kenyataan hari ini, BSPT Ampang Jaya memaklumkan operasi berkenaan turut menyita sebanyak 18 kenderaan lain mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 untuk tindakan lanjut.

“Sebanyak 1,016 keping saman keseluruhan telah dikeluarkan dalam operasi tersebut. Kesemua motosikal roda tiga yang telah ditahan akan diarahkan untuk membuka tong untuk tujuan sita.

“Manakala motosikal terlibat hanya akan diserahkan kepada pemilik asal setelah saman membenarkan (subahat) dikeluarkan,” menurut kenyataan itu.

BSPT Ampang Jaya memaklumkan, operasi sedemikian akan dijalankan secara berterusan bagi memastikan tiada lagi aktiviti motosikal roda tiga oleh warga asing dalam kawasan pentadbiran BSPT IPD Ampang Jaya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here