BANK Negara Malaysia (BNM) dan semua bank termasuk cawangan-cawangannya di Kuala Lumpur akan dibuka dan beroperasi seperti biasa esok.
BNM dalam kenyataan berkata, sehubungan itu, urus niaga pasaran kewangan dalam pasaran pertukaran asing, pasaran wang dan pasaran bon melalui kaunter akan terus beroperasi.
Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan cuti kelepasan am bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan esok.
Cuti kelepasan itu bagi menghargai kemenangan KL City yang menamatkan penantian 32 tahun merangkul Piala Malaysia selepas menewaskan Johor Darul Takzim (JDT) 2-0 malam kelmarin. – Malaysiapost

