Selamat berehat legenda – TMJ 

0
1
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1638340400848","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"sources":[],"version":1}","premium_sources":[],"is_remix":false}

PENTAS final Piala Malaysia edisi ke-100 malam tadi turut menjadi aksi terakhir pemain ‘otai’ bola sepak negara, Shukor Adan.  

Pada usia 42 tahun, Shukor diberi peluang beraksi kira-kira empat minit sebelum tiupan wisel penamat sekali gus menjulang skuad Kuala Lumpur City (KL City) menamatkan kemarau 32 tahun mendakap Piala Malaysia.  

Kejuaraan ini merupakan trofi kelima buat pemain kelahiran Melaka itu yang sebelum ini pernah meraih bersama Negeri Sembilan dan Selangor.  

Pastinya ini pengakhiran sempurna kepada bekas kapten kebangsaan itu sebelum menggantung but buat selama-lamanya.  

Meskipun tewas dalam perlawanan akhir, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tetap menzahirkan ucapan ‘selamat berehat’ buat Shukor.  

“Ini bukan keputusan bagus untuk kami, tapi saya tetap gembira dengan lelaki ini. Kisah perjalanan yang menakjubkan. Terima kasih atas inspirasi itu. Berehatlah wahai legenda,” ciap TMJ, hari ini.  

Dalam ciapan itu, TMJ turut memaparkan gambar Shukor menjulang trofi Piala Malaysia.  

Pada perlawanan akhir malam tadi, JDT gagal menembusi gawang gol KL City biar pun menguasai keseluruhan permainan.  

Sebaliknya, KL City yang sesekali menyerang kelihatan lebih tajam apabila menjaringkan dua gol pada babak kedua.  

Kejuaraan ini merupakan kali keempat buat skuad warga kota selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 1989. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here