Sah Neelofa hamil

0
1

TEKA-TEKI status ‘berbadan dua’ selebriti sensasi Neelofa akhirnya terjawab hari ini.

Menariknya, perkara itu bukan disahkan oleh doktor atau pegawai perubatan, sebaliknya disahkan oleh peguambela, Tan Sri Muhammad Shafie Abdullah.

Beliau yang mewakili Neelofa, tidak mahu kes mahkamah dihadapi anak guamnya berlarutan kerana keadaan Neelofa yang sedang hamil  dan tidak sesuai kes berkenaan terus berjalan.

Kenyataan peguam kanan itu sekali gus mengesahkan tanda tanya mengenai bekas pengacara MeleTOP itu sedang hamil.

“Dengan keadaan Neelofa yang sedang hamil, tidak sesuai untuk kita jalankan kes ini dan sebaiknya kita ambil jalan paling mudah,” katanya ketika ditemui pemberita di Mahkamah Majistret Seremban, hari ini.

Terdahulu, neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor dan suami, Muhammad Haris Ismail itu tiba Kompleks Mahkamah Seremban, jam 9.40 pagi.

Neelofa yang memakai jubah berwarna biru kelihatan berhati-hati ketika berjalan dan ‘baby bump’ jelas kelihatan.

Dalam prosiding hari ini, Mahkamah Majistret melepas tanpa membebaskan Neelofa dan suami, Muhammad Haris daripada tuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 2 Mei lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here