PM mahu KPDNHEP tegas kawal kenaikan harga barang

0
1

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melaksanakan penguatkuasaan tegas bagi mengawal kenaikan harga barang.

Ismail Sabri berkata, beliau menerima banyak komen ketidakpuasan hati rakyat di media sosial berkaitan isu terbabit, justeru beliau turun padang bagi meninjau harga barang.

“Saya mengambil serius komen-komen ahli Keluarga Malaysia di media sosial berkenaan kenaikan harga barang.

“Hari ini, saya sendiri melakukan tinjauan harga barang di Myfarm Outlet Kasih, Putrajaya.

“Demi rakyat, KPDNHEP perlu melakukan penguatkuasaan tegas untuk mengawal kenaikan harga barang,” katanya menerusi Facebook.

Beliau turut menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi kepada peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang tanpa alasan munasabah.

Selain itu, beliau juga meminta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan untuk memainkan peranan dalam memerangi ‘orang tengah’, supaya peniaga boleh meraih keuntungan tanpa menaikkan harga barang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here