Pengguna Twitter tuntut ‘janji’ lelaki mahu lari bogel dari KL ke Johor 

0
1
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1638335909808","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"sources":[],"version":1}","premium_sources":[],"is_remix":false}

PENGGUNA Twitter mencari lelaki yang ‘berjanji’ akan berbogel dari ibu negara ke Johor jika Kuala Lumpur City menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan akhir Piala Malaysia malam tadi. 

Menerusi satu video yang tular dimuatnaik di aplikasi TikTok @tintedoffer2, lelaki tersebut menjawab soalan dari rakannya: Bro, malam ni KL lawan Johor, macam mana? 

Lantas dengan yakin dia menyatakan akan berbogel dari KL hingga ke Johor jika Kuala Lumpur City mampu mengalahkan JDT. 

“Kalau KL boleh kalahkan Johor malam ni aku bogel dari KL sampai ke Johor bro. Bogel tau, aku bogel serius aku cakap bukan sembang punya. 

“Tidak pernah dalam sejarah KL boleh kalahkan Johor. Hidup JDT! Aku bogel dari KL sampai Johor tau,” katanya. 

Bagaimanapun, terdapat pengguna Twitter @k_izzudin memuat naik gambar seseorang seakan-akan lelaki tersebut dengan kapsyen: ‘Terus sesak nafas.. minta maaf tak jadi bogel KL ke Johor… saya ada sesak nafas’. 

Namun tidak dapat dipastikan kesahihannya sama ada gambar tersebut memang lelaki berkenaan atau individu lain. 

Manakala @unwoar meminta orang ramai untuk mencari lelaki terbabit. 

“Siapa siapa boleh cari mamat ni. Dapat sampai Ayer Keroh pun ok,” katanya. 

Aimanshafiq pula berkata: “Mana bang? Ikut highway atau jalan lama?” 

Sid Razali berkata:” Hidup JDT serius la nak bogel? #JanjiDitepati #TMPialaMalaysia2021.” 

Semalam, Kuala Lumpur City menewaskan JDT 2-0 untuk muncul juara Piala Malaysia edisi ke-100. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here