Malaysia menang kerusi ICA-AP – PM

0
1

MALAYSIA mencatat sejarah memenangi kerusi Naib Presiden International Alliance Asia-Pasific (ICA-AP) atau Ikatan Koperasi Antarabangsa Rantau Asia Pasifik bagi penggal 2022-2026 pada perhimpunan serantau ICA-AP ke-15 yang dianjurkan secara hybrid di Seoul, Korea.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang turut mengucapkan tahniah kepada Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Dr Abdul Fattah Abdullah atas pelantikan itu.

“Abdul Fattah yang juga Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), adalah calon Malaysia yang kedua dipilih sebagai Naib Presiden ICA-AP selepas Allahyarham Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurutnya, pemilihan itu menunjukkan kepimpinan koperasi antarabangsa yakin dan percaya dengan kewibawaan kepimpinan gerakan koperasi di Malaysia yang dilihat progresif, sistematik dan berdaya maju. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here