KPDNHEP akan umum cara atasi kenaikan harga ayam, telur

0
1

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan membuat pengumuman dalam masa terdekat mengenai pendekatan menangani isu kenaikan harga ayam dan telur ketika ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexender Nanta Linggi berkata, pihaknya yakin hasil positif dapat dicapai susulan pertemuan dengan wakil penternak ayam, hari ini.

“Sebentar tadi saya mengadakan perbincangan bersama wakil penternak ayam diketuai oleh Tan Sri Francis Lau; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Leong Hup International Bhd serta Penasihat Kehormat Persatuan Penternak Ayam Selangor, Datuk Ishak Mat Arif, bersama delegasi mereka.

“Hasil perbincangan sangat positif dengan pemain industri telah memberikan komitmen untuk bersama-sama membantu meringankan beban pengguna,” katanya di Facebook, hari ini.

Alexander berkata, pertemuan itu membincangkan lanjutan daripada beberapa siri perbincangan yang menyentuh aspek libat urus seperti pernah dilakukan kementerian bersama pemain industri sebelum ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu KPDNHEP melaksanakan penguatkuasaan tegas bagi mengawal kenaikan harga barang.

Ismail Sabri berkata, beliau menerima banyak komen ketidakpuasan hati rakyat di media sosial berkaitan isu kenaikan harga barang. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here