‘Encik, esok pagi saya masih Tunku Mahkota Johor’ 

0
1

TIDAK ramai yang memberi harapan kepada pasukan Kuala Lumpur City (KL City) menggungguli pentas final Piala Malaysia.di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. 

Pastinya ramai peminat bola sepak teruja terutama bagi penyokong KL City apabila pasukan kesayangan mereka yang turun sebagai ‘underdog’ mampu menewaskan pasukan terbaik Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 2-0. 

Kisah kejayaan luar biasa KL City menjadi bualan hangat netizen susulan kemampuan anak buah Bojan Hodak menafikan kehebatan Harimau Selatan.  

Perasaan teruja itu menyebabkan netizen sengaja ‘mengusik’ pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.  

Menerusi satu hantaran di Twitter oleh @khairizulfadhli, dia mentertawakan pasukan kesayangan TMJ itu kerana tewas pada perlawanan tersebut. 

Ciapan pemuda itu menarik perhatian TMJ yang membalasnya dengan penuh maksud yang mendalam. 

“Encik, esok pagi saya masih Tunku Mahkota Johor (TMJ), masih mempunyai wang, 18 piala dalam masa lapan tahun. 

“Allah kurniakan saya dengan empat anak dan isteri, anda boleh ketawa hari ini atau sementara tetapi saya ketawa pada hari-hari berikutnya, Saya bersyukur kerana diberkati,” katanya di Twitter. 

Reaksi TMJ mencuri perhatian netizen dan rata-rata memberi pendapat sendiri mengenai kekalahan mengejut juara bertahan itu di tangan KL City. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here