Wawa akui sakit luar biasa lahirkan anak ke-4

0
2

“ALHAMDULILLAH selamat melahirkan pagi tadi,” jelas pelakon cantik, Wawa Zainal .

Menerusi hantaran Instagramnya, isteri kepada pelakon Aeril Zafrel itu memaklumkan mereka selamat menimang cahaya mata keempat iaitu seorang bayi lelaki, pagi tadi.

“Alhamudilllah selamat melahirkan pagi tadi. Pukul dua pagi menahan sakit. Tidak sampai hati nak kejut Aeril.

“Tunggulah sampai pukul lima pagi. Tiba di hospital dah sembilan sentimeter,” tulisnya.

Menerusi perkongsian sama, pemilik nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin, 30, menceritakan pengalaman kelahiran kali ini.

Jelas pelakon drama ‘Duda terlajak laris’ ini, dia mengalami kesakitan luar biasa berbanding semasa melahirkan tiga orang anak sebelum ini.

“Lain macam sakit dia walaupun anak keempat (pengalaman),” katanya.

Dalam pada itu, Wawa turut meminta pengikut Instagramnya memberi cadangan nama bayinya itu.

“Nama belum ada, ada cadangan ke?,” soalnya.

Sementara itu, suaminya Aeril menerusi hantarannya Instagram melahirkan rasa syukur atas kelahiran anak keempatnya dan berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesejahteraan isterinya.

“Assalamualaikum anakku. Terima kasih semua atas doa-doanya,” katanya.

Aeril dan Wawa yang mendirikan rumah tangga pada 2013, dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7; Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5 dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here