Kehadiran murid memberangsangkan, lebih 85 peratus

0
1
Persekolahan dibuka semula hari ini selepas ditutup pada 9 November 2020 menyaksikan murid pra sekolah, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Darjah 1 dan 2 di Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri, Rawang. Menariknya seorang cikgu memakai maskot kucing bagi menghiburkan murid-murid yang hadir hari ini.

PURATA trend kehadiran murid ke sekolah sejak dibuka semula bermula 3 Oktober lalu hingga semalam, adalah melebihi 85 peratus.

Perkara itu diberitahu Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin yang berkata, sebanyak 10,060 sekolah sedang beroperasi di seluruh negara membabitkan lebih 4.38 juta murid. 

“Trend kehadiran ini menunjukkan pembukaan sekolah secara umumnya diterima baik oleh ibu bapa dan murid.

“Pembukaan semula sekolah secara bersemuka ini juga membolehkan guru mengenal pasti tahap penguasaan murid dan melaksanakan intervensi yang bersesuaian.

“Kementerian Pendidikan sentiasa komited untuk terus memastikan pengoperasian sekolah secara bersemuka berjalan dengan teratur dan selamat,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) yang bertanya perkembangan terkini pengoperasian sekolah di seluruh negara sejak pembukaan secara berperingkat pada 3 Oktober lalu.

Abdul Latiff turut bertanya bagaimana penerimaan guru, murid serta ibu bapa secara umumnya mengenai pembukaan sekolah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here