Doakan Wawa Zainal – Aeril Zafrel

0
1

PELAKON, Aeril Zafrel memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan dan kelancaran buat isterinya, Wawa Zainal untuk melahirkan cahaya mata keempat mereka.

Menerusi perkongsian di Instagramnya, Aeril memaklumkan, isterinya Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 30, mengalami tanda-tanda untuk bersalin pagi ini.

Tambahnya, Wawa dimasukkan ke hospital lebih awal pada tarikh ditetapkan, jadi bila-bila masa bayi akan dilahirkan.

“Pagi ini tiba-tiba bayi nak keluar (bersalin). Awal seminggu dari tarikh yang diberikan (tarikh jangkaan bersalin). Doakan semuanya selamat,” tulisnya.

Aeril turut memuat naik sekeping gambar Wawa yang sedang terbaring menahan sakit di wad hospital.

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7 Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here