
KES baharu Covid-19 dilaporkan hari ini adalah sebanyak 4,879 kes, menunjukkan sedikit peningkatan berbanding semalam 4,087 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia setakat wabak berkenaan melanda negara adalah sebanyak 2,632,782 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Jumlah kes Covid-19 baharu di Malaysia kini berada di bawah angka 5,000 kes sehari tiga hari berturut-turut dengan kali terakhir merekodkan 5,097 kes pada 27 November lalu.- Malaysiapost
