VTL akan diperluas melalui laluan laut – Ka Siong

0
1

PROGRAM Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) akan diperluaskan melalui laluan laut pula selepas ini susulan pelaksanaan VTL darat dan udara di antara Malaysia dan Singapura yang bermula hari ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata antara laluan yang dikenalpasti adalah Terminal Feri Desaru Coast (DCFT), di Kota Tinggi, Johor.

“Program VTL melalui darat dan udara di antara Malaysia dan Singapura akan bermula esok (hari ini), maka peluasan program VTL seterusnya pastilah melalui laut.

“Petang tadi (semalam), saya melawat DCFT yang baru siap dibina. DCFT sememangnya dirancang untuk membawa pelancong dari Singapura dan Indonesia melalui perkhidmatan feri.

“Bangunan terminal feri ini telah siap dibina dan kaunter imigresen dijangka beroperasi pada bulan depan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau berkata, menurut Pengurus Besar Desaru Ferry Sdn Bhd, Kapten Sathasivam, mereka sedang berbincang dengan para pengusaha feri untuk memohon kelulusan dari Jabatan Laut Malaysia (JLM) dan Maritime & Port (MPA) Singapura.

“Proses kelulusan dijangka mengambil masa dua hingga tiga bulan.

“Kementerian Pengangkutan (MOT) sedia membantu pihak pengusaha feri untuk mendapatkan kelulusan dari JLM dan mempermudahkan urusan syarikat dengan pihak MPA jika perlu.

“Saya berharap VTL melalui feri akan menjadi kenyataan dalam tempoh terdekat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here