PH bukan ancaman GPS – Fadillah

0
2
KUALA LUMPUR 12 OKTOBER 2017. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof bercakap kepada wartawan ketika sidang media di Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin. NSTP/ASYRAF HAMZAH

PAKATAN Harapan (PH) bukan ancaman kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 yang berlangsung 6 hingga 18 Disember ini.

Ketua Whip GPS Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata walaupun PH meletakkan calon di kesemua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), namun rakyat Sarawak sendiri pasti dapat menilai apa dilakukan PH sepanjang 22 bulan memerintah.

Menurutnya, PH terbabit dalam pembatalan banyak projek pembangunan untuk rakyat.

“Dalam tempoh 22 bulan memerintah dulu, apakah mereka menunaikan janji dalam manifesto? Saya yakin rakyat mampu menilainya,” katanya dipetik portal Getaran.

Fadillah yang juga Naib Yang Dipertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) turut meminta rakyat di Sarawak memberi sokongan kepada GPS bagi memastikan kesinambungan pembangunan berterusan.

“GPS berjaya membuktikan bahawa parti telah memberi khidmat kepada rakyat Sarawak dengan pelbagai strategi yang disusun dan dilaksanakan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” katanya.

Pengerusi PH Sarawak, Chong Chieng Jen baru-baru ini mengesahkan PH bakal bertanding di 82 kerusi pada pilihan raya Sarawak nanti. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here