Harga sayur: Zahid gesa siasat dakwaan peruncit ambil kesempatan

0
1

DALAM keadaan orang ramai berusaha bangkit daripada impak pandemik Covid-19, kenaikan harga sayur menambah lagi beban kehidupan rakyat.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tambahan pula sayur merupakan suatu keperluan pemakanan berkhasiat untuk orang ramai.

“Kenaikan harga sayur turut membebankan golongan peniaga dan akhirnya bebanan kos mungkin dipindahkan kepada pengguna.

“Kita minta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan kementerian berkaitan mengambil langkah segera menangani isu ini secara konkrit tanpa sebarang kompromi,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Beliau juga memuat naik video berdurasi satu minit 52 saat di mana seorang lelaki yang memakai baju berlogo Barisan Nasional (BN) membuat pendedahan jurang harga sayur yang berbeza dijual oleh peruncit.

Invididu dalam video itu berkata, berdasarkan maklumat yang diterima pekebun menjual sekilogram (kg) bendi sebanyak RM4 tetapi peruncit menaikkan harga sehingga RM12, manakala harga pekebun bagi 1kg timun adalah RM1 tetapi peruncit menjual sebanyak RM4 bagi 1kg.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, antara faktor kenaikan harga sayur yang disebut KPDNHEP adalah cuaca, logistik, peningkatan kos baja dan racun, banjir serta kekurangan tenaga kerja.

“Namun isu dibangkitkan menerusi rakaman video ini wajar juga diambil berat oleh pihak berkuasa dalam usaha mendalami kemelut harga sayur yang tinggi di pasaran,” katanya.

Jelas beliau, perkara yang diperkatakan oleh individu dalam video itu perlu disiasat sama ada terdapat pihak mengambil keuntungan berlebihan sehingga menyebabkan peningkatan harga. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here