Jalan kaki sejauh 290 km, lunas nazar kerajaan benar rentasi negeri

0
1

SEORANG lelaki nekad mengharungi perjalanan empat hari dengan berjalan kaki sejauh 290 kilometer bagi melunas nazar yang dibuatnya.

Mohd Syahrizal Harun, 40, berjalan kaki merentas Selangor, Pahang dan Kelantan sebelum tiba di kampung halamannya di Kampung Bertam Baru.

Dia yang dikenali sebagai Mat menjelaskan, kegigihannya mengharungi perjalanan sejauh itu adalah sebagai tanda kesyukuran serta membayar nazar susulan orang ramai dibenarkan merentasi negeri pada Oktober lalu.

Menurut Mat yang bekerja sebagai juruteknik elektrik syarikat swasta di ibu negara, mengakui memang tertekan kerana sudah dua tahun tidak dapat balik ke kampung halamannya akibat pandemik Covid-19.

Katanya, sebelum pengumuman kebenaran rentas negeri dibuat oleh pihak kerajaan, dia bernazar untuk pulang ke kampung dengan cara berjalan kaki sebagai tanda kesyukuran.

“Pada malam Khamis lalu, saya mula berjalan kaki bermula dari Tol Gombak, Selangor pada jam 11 malam dengan berbekalkan pelitup muka dan air mineral. Alhamdulillah, saya selamat sampai di Hentian Gua Musang pada jam 5 pagi tadi.

“Sepanjang perjalanan pada hari kedua dan ketiga, saya kerap kali berhenti kerana cuaca hujan dan merawat kaki yang melecet,” katanya seperi dilapor Kosmo.

Dia ditemui media sejurus tiba di Hentian Gua Musang, Kelantan, hari ini.

Kepulangan Mat ke Gua Musang disambut oleh Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail bersama Ahli Dewan Undangan Nenggiri, Ab Aziz Yusoff dan Yang Dipertua Majlis Belia Jajahan Gua Musang, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani. – Malaysiapost

Kredit Foto: Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here