HATI pendakwah Ebit Lew tersentuh teringat arwah bapanya apabila melihat kesungguhan seorang warga emas mencari rezeki sebagai penghantar makanan.
Menerusi hantaran di laman Facebook, Ebit yang baru pulang ke tanah air selepas menunaikan ibadah umrah berkata kerajinan lelaki berusia 64 tahun itu mengingatkannya kepada bapanya, Ibrahim Lew yang meninggal dunia Julai lalu.
“Kadang-kadang bila kita lihat orang tua begini tersenyum kadang berkerut mencari rezeki kuat semangat.

“Teringat begitulah ayah kita. Rindu pada ayah saya. Semoga Allah menjaga ayah kita di mana pun mereka berada sekarang,” katanya hari ini.
Sebelum ini tular sebuah video menerusi laman TikTok memaparkan seorang individu menerima pesanan makanan yang dihantar warga emas terbabit.
Dalam video berdurasi 21 saat itu, lelaki itu badannya sedikit bongkok dan berjalan perlahan selepas menghantar pesanan makanan itu.
Ebit Lew turut menyerahkan sumbanagan kepada lelaki berkenaan yang dahulunya bekerja sebagai pemandu dan mendoakan kesejahteraannya.
Semoga pakcik dimudahkan Allah dan sentiasa diberi kesihatan yang baik,” katanya.-Malaysiapost

