
SEBANYAK 96.1 peratus atau 22,504,497 penduduk dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.
Berdasarkan portal COVIDNOW, sejumlah 98.4 peratus atau 23,044,851 individu bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sementara, 88.2 peratus atau 2,776,260 individu bagi populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Manakala, 84.7 peratus atau 2,664,877 individu remaja lengkap divaksinasi.
Dalam pada itu, 54,526 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 4,737 suntikan dos lengkap, 2,522 dos pertama dan 47,267 pula suntikan dos penggalak.
Jumlah kumulatif dos penggalak kini mencecah 2,194,849.
Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 53,185,334 dos. – Malaysiapost
