Sayur di Selangor dijamin tidak mahal

0
1
Tinjauan Malaysiapost berkaitan harga ayam di Pasar Seksyen 6 Shah Alam hari ini.

PERBADANAN Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memberi jaminan jualan produk sayur-sayuran keluarannya masih kekal pada harga rendah dan berpatutan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS, Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata, pihaknya mempunyai mekanisme kawalan harga berikutan ladang di Sela­ngor Fruit Valley, Bestari Jaya turut mengeluarkan hasil sayuran sendiri.

Menurutnya, jenis sayuran itu antaranya ialah sawi hijau, brokoli, cili, kangkung, bayam merah, terung dan timun.

“PKPS sebagai peneraju Inisiatif Jaminan Bekalan Selangor akan terus memikirkan kaedah membantu rakyat terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil.

“Justeru, kita memberi jaminan bahawa harga produk sa­yuran PKPS masih rendah dan berpatutan kepada pengguna,” katanya dipetik Kosmo, hari ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebelum ini mengesahkan kenaikan harga sayur-sayuran di pasaran tempatan ketika ini ada kaitan dengan peningkatan harga baja dan racun di pasaran dunia.

Mengulas mengenainya, Mohamad Khairil berkata, PKPS akan turut melancarkan kempen jualan mega jimat bagi memastikan rakyat negeri ini mendapat akses sayuran berkualiti pada harga rendah.

“Sebagai contoh, kita akan menjual sayur pak choy hanya RM3.50 per kg berbanding harga pasaran iaitu RM9, manakala kacang buncis dijual RM6 per kg berbanding RM15.

“Kempen jualan itu juga sebahagian daripada promosi memperkenalkan jenama komersial PKPS iaitu Ehsan kepada orang ramai,” katanya.

Mohamad Khairl menambah, lokasi dan kaedah jualan akan dikongsi pihaknya menerusi laman Facebook dan Instagram PKPS. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here