Teruskan tradisi Umno membela rakyat. – Asyraf Wajdi

0
1

PERGERAKAN Pemuda Umno Malaysia akan sentiasa membantu kepimpinan pergerakan itu yang baharu dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) negeri Melaka dalam membela rakyat.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan bahawa jawatan digalas bukan untuk dibanggakan, tetapi sebaliknya adalah beban tanggungjawab yang akan dihitung.

“Tahniah buat kedua-dua sahabat saya Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Rais Yasin dan Naib Ketua Pemuda Umno Melaka, Dr Dr Akmal Saleh atas perlantikan sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka.

“Moga dapat melaksanakan amanah dengan penuh berintegriti.

“Sebagaimana yang selalu diperingatkan amanah ini bukan satu bentuk ‘Tasyrif’ atau kemuliaan untuk dibanggakan, tetapi sebaliknya merupakan ‘Taklif’ atau beban tanggungjawab yang akan diperhitungkan oleh Allah,” katanya di Facebook, hari ini.

Beliau berharap kedua-dua kepimpinan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia yang dilantik sebagai Exco Melaka itu dapat meneruskan tradisi Umno dalam membela rakyat.

“Insya-Allah saya dan rakan-rakan kepimpinan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia akan sentiasa iringi dengan doa agar segalanya dipermudahkanNya jua,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here