
KES harian Covid-19 kembali menurun ke angka 5,000 apabila mencatatkan 5,501 kes baharu hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini adalah 2,614,480 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Semalam, jangkitan kes baharu Covid-19 naik melepasi angka 6,000 kes dengan mencatatkan 6,144 kes baharu. – Malaysiapost
