Penyatuan ummah tidak terikat kelompok tertentu – Pemuda PAS

0
1

PENYATUAN ummah haruslah melibatkan semua pihak dan tidak terikat dengan kelompok tertentu sahaja seperti yang ditegaskan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Pendirian yang merujuk kepada kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN9 itu turut disokong oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari, berkata aspek paling besar dalam memperkukuhkan penyatuan ummah adalah menyatukan masyarakat Melayu dan Islam serta Bumiputera yang majoriti.

“Ia mesti melibatkan semua pihak bagi meraikan kemajmukan masyarakat di Malaysia.

“Penyatuan ummah tidak boleh terhad kepada sesetengah kelompok sahaja, ia mesti bergerak selari,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menegaskan, Pemuda PAS berdiri teguh dengan kenyataan Presiden parti yang menjadi dasar perjuangan parti.

“Sebarang kenyataan mana-mana pihak yang tidak selari dengan kenyataan tersebut bukanlah pendirian rasmi parti, dan tidak wajar dikaitkan dengan PAS,” tegasnya. – Malaysiapost.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here