Pemain MUFC, isteri tiba di Melaka dengan helikopter

0
1

PEMAIN pertahanan Melaka United FC (MUFC), Akmal Md Zahir dan pasangannya selamat mendarat di Padang 10 Wisma MUSA, Kompleks Sukan Hang Jebat jam 2.50 petang tadi menaiki helikopter.

Difahamkan, mereka yang selamat bergelar pengantin baharu hari ini, menaiki helikopter dari Sungai Siput, Perak sebaik majlis pernikahan selesai.

Pasangan mempelai itu masing-masing turut mengenaikan pakaian pengantin serba putih.

Penerbangan itu bagi memastikan Akmal dapat kembali ke bersama pasukan tepat pada masanya menjelang aksi penting separuh akhir kedua Piala Malaysia 2021 menentang Kuala Lumpur City FC di Stadium Hang Jebat, malam ini.

Perkembangan itu dikongsi Melaka United FC di laman Facebook rasminya sebentar tadi.

Akmal menjadi pemain kedua dalam aksi Piala Malaysia tiba di venue perlawanan menaiki helikoter selepas Haris Safwan 18 tahun dahulu ketika mewakili MPPJ FC.

Dalam aksi malam ini, Melaka United FC dan dan Kuala Lumpur City FC masing-masing terikat 1-1 menerusi agreget dan pemenang akan bertemu sama ada Johor Darul Ta’zim atau Terengganu FC pada final. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here