Kerajaan akan tanggung kesan kemarahan rakyat – Najib

0
1

KERAJAAN digesa sekali lagi untuk mengawal kenaikan harga barang yang ketika ini dilihat semakin tinggi dan kini membabitkan kos pengeluaran makanan.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkata sekiranya gagal mengawal harga barang, kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan menanggung akibat kemarahan rakyat.

Najib berkata, beliau sudah berkali-kali mengingatkan kerajaan supaya mengambil langkah segera dalam menangani masalah inflasi yang dialami ketika ini.

Menurutnya, sebelum ini kebimbangan inflasi akan menjadi lebih besar susulan kos pengeluaran meningkat, namun kini ia sudah beralih ke kos pengeluaran makanan pula.

“Kali ini, kenaikan harga pengeluaran bukan hanya sekadar bahan mentah pembinaan atau harga minyak yang sudah pun naik tinggi pada bulan-bulan lepas tetapi telah beralih ke kos pengeluaran makanan.

“Misalnya, kos harga bahan untuk pembuatan makanan bagi peringkat perantaraan telah melonjak 31.1 peratus pada April,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, kebiasaannya apabila kos pengeluaran meningkat, harga kepada pengguna akhir juga akan naik beberapa bulan kemudian.

“Sekiranya kerajaan masih tak mahu dengar, tanggunglah sendiri kesannya nanti apabila rakyat marah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here