Pemilik resit sotong RM100 mohon maaf, dakwa gambar dieksploitasi

0
1

PENGUSAHA restoran nasi kandar Hameediyah mendakwa pemilik resit asal resit hidangan dua ekor sotong goreng bernilai RM100 memohon maaf kepadanya menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Pengarah Restoran Hameediyah Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim, 30, berkata, wanita berkenaan turut menafikan dirinya yang mempertikaikan harga hidangan sotong goreng ‘apollo’ itu dengan memuat naik mesej di media sosial.

Menurutnya, pelanggan itu mendakwa ada pihak lain menyunting dan mengeksplotasi gambar yang dimuat naik olehnya di Instagram dengan keterangan tertentu.

“Pelanggan tersebut mesej saya sebentar tadi untuk beri penjelasan sebenar, selain mengaku tahu akan harga hidangan sotong goreng ‘apollo’ itu.

“Individu berkenaan turut meminta saya untuk memuat naik perbualan mohon maaf ini agar orang ramai dapat penjelasan sebenar,” katanya memetik laporan MalaysiaGazzete.

Sehubungan itu, Muhammad Riyaaz memaklumkan pihaknya menerima permohonan maaf pelanggan tersebut memandangkan individu itu tidak berniat untuk menjatuhkan reputasi restorannya.

“Bagaimanapun, saya bercadang untuk membuat laporan berhubung isu ini agar pihak polis dapat menjalankan siasatan mengenal pasti individu yang sengaja mencetuskan isu harga hidangan di restoran nasi kandar ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here