47 kes kematian baharu akibat Covid-19

0
1

SEBANYAK 47 kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kematian kini adalah 30,110 kes sejak wabak berkenaan melanda negara.

Daripada jumlah kematian baharu itu, 10 kes adalah kematian di luar hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes BID kini adalah 6,087 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui portal COVIDNOW turut melaporkan peratusan populasi Malaysia yang lengkap divaksinasi adalah sebanyak 76.6 peratus atau 25,028,412 orang.

Manakala populasi yang mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin adalah 78.6 peratus atau 25,696,859 orang menjadikan keseluruhan populasi yang sudah menerima vaksin kini adalah 52,232,576 orang.

Populasi dewasa yang lengkap divaksinasi pula adalah 95.8 peratus atau 22,425,264 orang dan yang mendapat sekurang-kurangnya satu dos seramai  22,936,203 orang atau 98 peratus.

Bagi golongan remaja seramai  5,363,804 orang telah menerima vaksin dengan  82.7 peratus lengkap divaksinasi dan  87.7 peratus sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, setakat ini seramai  1,695,746 individu sudah menerima dos penggalak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here