Kerajaan perlu wujudkan sekolah perpaduan – Bung Moktar

0
1

[PARLIMEN] AHLI Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan sekolah perpaduan yang mempunyai pelbagai aliran bagi meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar berbilang kaum dan agama.

Menurut beliau, walaupun sekolah perpaduan mempunyai aliran kebangsaan, Cina, Tamil dan lain-lain, sekurang-kurangnya pelajar berada di dalam satu kawasan sekali gus berkongsi hidup dengan aman damai tanpa lupa asal usul.

“Boleh ada ajaran kelas (aliran) sekolah-sekolah begini, tetapi carilah sekolah perpaduan, wujudkan sekurang-kurangnya mereka duduk dalam satu bumbung, berkongsi dewan, kantin dan padang, barulah ada cetusan perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.

Ketika menjawab soalan tambahan M Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) mengenai kewujudan Sekolah Kebangsaan Wawasan, Pengerusi BN Sabah itu berkata pelaksanaan sekolah itu tidak dijalankan dengan sebaik mungkin.

Katanya, perpaduan yang sebenar adalah sekiranya suatu platfom baharu disediakan kepada anak bangsa dan jika tidak, kerajaan akan dikatakan tidak berusaha mewujudkan perpaduan dalam negara untuk mereka. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here