Sulaiman mula tugas Ketua Menteri Melaka

0
1

DATUK Seri Sulaiman Md Ali memulakan tugas pada hari pertama sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13, hari ini.

Beliau melaporkan diri di pejabatnya pada jam 8.30 pagi tadi dan disambut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Kamel Mohamad (kanan) di Seri Negeri, Ayer Keroh.

Terdahulu, Sulaiman selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13, semalam.

Majlis angkat sumpah Ketua Menteri itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam di Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) pada jam 12.58 tengah malam.

Pada Sabtu lalu, BN mencatat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri Melaka sekali gus membentuk kerajaan negeri baharu yang lebih kukuh.

BN yang bertanding solo, memenangi 21 daripada 28 keseluruhan kerusi DUN dipertandingkan.

Daripada 21 kerusi dimenangi BN, 18 adalah daripada Umno, MCA dua kerusi manakala MIC memenangi kerusi tunggal mereka di DUN Gadek.-MalaysiaPost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here