
KADAR kemasukan hospital akibat Covid-19 di Malaysia dilaporkan meningkat dengan kebanyakan kes membabitkan warga emas dan golongan komorbid.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di Twitter miliknya hari ini.
Beliau berkata, golongan itu dijangkiti kontak rapat iaitu ahli keluarga yang membawa balik virus SARS-CoV-2 ke rumah.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai untuk memakai pelitup muka dan elak tempat yang sesak.
“Selain itu, dapatkan booster bila diberi temujanji,” katanya.
Berdasarkan laman web COVIDNOW, purata kemasukan kes hospital dalam tempoh tujuh hari lalu adalah 1,200 kes, dengan kadar penggunaan katil sebanyak 67 peratus. – Malaysiapost
