‘Saya serahkan kepada Allah SWT’ – Ab Rauf

0
2
Ahli MKT UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh

“SEGALA usaha telah dibuat dan segala gerak kerja telah dijalankan, saya yakin hari penentuan ini akan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN),” kata Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

Beliau berkata demikian selepas selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Jeram, Tanjung Bidara, sebentar tadi.

Ab Rauf yang juga calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara berkata, selepas segala usaha dilakukan kini beliau menyerahkan segalanya kepada Allah SWT .

Terdahulu, Ab Rauf yang juga Pengerusi Umno Melaka tiba di SK Jeram kira-kira jam 8.18 pagi.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini, Ab Rauf akan berdepan pertembungan tiga penjuru di kerusi panas Tanjung Bidara.

Beliau dicabar calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Zainal Hassan dari Pakatan Harapan (PH). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here