TIDAK sampai dua jam lagi tempoh mengundi berakhir, peratusan warga Melaka yang keluar mengundi masih di tahap rendah.
Berdasarkan data yang dikongsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), statistik keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada jam 3 petang tadi merekodkan hanya 57 peratus warga Melaka telah menunaikan tanggungjawab mereka.
Semua 217 pusat pengundian memulakan proses pengundian tepat jam 8 pagi tadi dan tamat pada 5.30 petang ini.
Keadaan cuaca di Melaka dilaporkan baik setakat ini, para pengundi diseru untuk tidak menunggu saat akhir bagi menunaikan tanggungjawab mereka.
PRN kali ini menyaksikan seramai 112 calon bertanding yang terdiri daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Perikatan India Muslim Malaysia (Iman) dan Bebas. – Malaysiapost

