Polis Kelantan siasat OKT mati dalam tahanan

0
2

POLIS akan menjalankan siasatan berhubung kematian mengejut orang kena tahan (OKT) di Pejabat Cawangan Bantuan Teknikal Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kelantan, Kota Bharu, Selasa lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, lelaki yang berumur 23 tahun itu disiasat membabitkan kes kecurian kenderaan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Menurutnya, dalam kejadian 2.30 petang itu, OKT tersebut telah dilihat dalam keadaan bergetar dan mulut berbuih semasa proses rakaman percakapan dan dokumentasi sedang dijalankan.

“Justeru, pegawai dan anggota bertindak segera membawanya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, katanya, mangsa yang berada dalam keadaan menggigil dan tidak sedarkan diri disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas.

“Susulan itu, satu kertas siasatan dibuka untuk berhubung kejadian ini,” katanya dalam kenyataan.

Shafien berkata, pakar Forensik Patalogi HRPZ II telah menjalankan ‘post-mortem’ namun tidak dapat mengesahkan punca sebenar kematian mangsa.

“Pakar hanya memutuskan keputusan awal punca kematian mangsa sebagai ‘unacertained’ dan punca kematian akan bergantung selanjutnya kepada laporan analisa dan ujian makmal yang akan dilakukan oleh pihak patalogi.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan akan menjalankan siasatan secara telus.

“Kita percaya laporan analisa serta ujian makmal HRPZ II akan membantu siasatan dan memutuskan punca sebenar kematian mangsa,” katanya.

Justeru itu, beliau menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi serta membuat andaian berhubung kejadian itu.

“Hala tuju siasatan polis akan ditentukan setelah laporan penuh dikeluarkan oleh pakar forensik berhubung punca kematian mangsa,” katanya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/Polis Kontijen Kelantan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here