Peratus keluar mengundi rendah, Zahida seru warga Melaka lunas tanggungjawab

0
2

KETUA Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan bimbang peratusan rakyat Melaka yang keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) itu yang masih rendah.

Justeru, beliau menyeru pengundi-pengundi yang belum mengundi sama ada di dalam negeri atau luar untuk melaksanakan tanggungjawab dengan segera.

“Agak mendebarkan bila peratusan keluar mengundi masih rendah setakat jam 12 tadi.

“Mohon ramai ramai keluar mengundi untuk elak kesesakan dan kekangan cuaca ya,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, sehingga jam 3 petang tadi, jumlah peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 57 peratus.

Dalam perkembangan sama, Zahida memaklumkan beliau sedang melakukan pantauan di pusat-pusat mengundi sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) RIM.

Beliau juga berharap Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Khaidhirah Abu Zahar atau lebih dikenali dengan panggilan Dira menang di kawasan tersebut.

“Semoga kemenangan milik calon kita Dira Abu Zahar di N25 RIM. Mohon yang jauh turut mendoakan beliau,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here