Salah lelong jersi dipakainya ketika belasah Manchester United 5-0

0
1

PENYERANG Liverpool, Mohamed Salah akan melelong jersi digunakannya ketika membantu The Reds membelasah seteru Liga Perdana Inggeris, Manchester United 5-0 bulan lalu.

Pemain antarabangsa Mesir itu menyumbang hatrik dalam aksi di Old Trafford pada 23 Oktober lalu.

Menerusi ciapan di Twitter, Salah berkata hasil lelongan jersi tersebut akan diderma kepada persatuan kebajikan haiwan di Mesir.

“Menyantuni haiwan adalah kewajipan setiap manusia. Dan untuk membantu, saya akan mendermakan jersi Liverpool yang saya gunakan dalam perlawanan menentang Manchester United pada 23 Oktober 2021 melalui lelongan terbuka.

“Semua hasil lelongan akan diserahkan kepada persatuan kebajikan haiwan di Mesir.

“Kami akan memaklumkan semula kepada anda semua butiran dan lelongan tidak lama lagi,” katanya menerusi ciapan tersebut.

Dalam aksi tersebut, Salah menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama sebelum melengkapkan hatrik lima minit sebaik babak kedua bersambung untuk menghadiahkan kemenangan terbesar buat Liverpool di Old Trafford. – Malaysiapost

.
Kredit Foto: Instagram mosalah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here