‘RM100 juta boleh sambung program sarapan pagi untuk 135,000 murid setahun’

0
1
syed saddiq

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman bengang dengan keputusan kerajaan meluluskan permohonan rumah dan tanah kepada Datuk Seri Najib Razak yang didakwa bernilai RM100 juta.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata kerajaan boleh melaksanakan pelbagai perkara untuk meringankan beban rakyat dengan jumlah wang sebanyak itu.

“Apa kerajaan boleh buat dengan RM100 Juta? Boleh sambung Program Sarapan Pagi untuk 135,000 murid untuk setahun!

“Boleh serap Doktor Kontrak kepada Doktor Tetap untuk 2,307 doktor setahun!

“Atau bagi “hadiah” RM100 Juta kepada seorang pemimpin politik. Anda rasa?,” tulisnya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam hantaran berasingan, Syed Saddiq berkata tindak-tanduk kerajaan semakin hari semakin menjadi-jadi kerana seseorang yang menyeleweng wang negara berbilion-bilion boleh mendapat harta RM100 juta!

“Minta peruntukan untuk doktor kontrak, M40 kata tak cukup duit. Tapi bagi harta RM100 juta ke seorang boleh pula? Mengarut.

“Yang paling tak logik, benda ni diluluskan dalam Kabinet kerajaan. Takkan tak ada bantahan masa dibentangkan dalam Kabinet?

“Kerajaan lagi sanggup jual maruah negara dari tolong rakyat sendiri,” katanya.

Semalam Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz mengesahkan di Dewan Rakyat Kabinet menerima permohonan untuk menghadiahkan sebidang tanah dan sebuah rumah kepada Najib yang dianggar bernilai RM100 juta. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here