PRN Melaka: BN selesa di 11 kerusi

0
1

BARISAN Nasional (BN) mempunyai peluang sangat selesa untuk memenangi 11 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, esok.

Berdasarkan dapatan kajian Pola Pengundian dan Prediksi PRN Melaka oleh Panel Penyelidikan ILHAM Centre, 11 kawasan tersebut iaitu Ayer Limau, Serkam, Taboh Naning, Ayer Molek, Sungai Rambai, Sungai Udang, Lendu, Kuala Linggi, Telok Mas, Merlimau dan Rim.

Manakala, Pakatan Harapan (PH) pula selesa di tujuh kerusi iaitu Bukit Katil, Paya Rumput, Duyong, Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir.

“BN perlu mencari sekurang-kurangnya empat DUN tambahan daripada 10 kawasan panas ini untuk melengkapkan majoriti mudah bagi memimpin Melaka. PH perlu mempertahankan kawasan yang dimenangi mereka dahulu agar tidak terlepas kepada BN mahupun PN,” katanya.

Perikatan Nasional (PN) dikatakan mempunyai peluang membuat kejutan di Tanjung Bidara, Rembia dan Bemban, atas faktor kebolehmenangannya di kawasan itu adalah calon yang berjaya mengimbangi kekuatan calon BN atau PH.

“Tetapi kami melihat semakin besar PN mencuri undi Melayu di dalam kawasan ini, semakin tinggi peluang kemenangan PH di atas faktor pertembungan tiga penjuru,” katanya.

Mengulas lanjut kajian itu, PH memasuki gelanggang PRN Melaka dengan membayangkan mampu mengulangi kemenangan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) setelah parti-parti dalam kerajaan tidak berjaya memuktamadkan kerjasama politik mereka.

“Ini mengakibatkan pertembungan tiga penjuru gabungan utama tidak dapat dielakkan. Selayang pandang, ramai mengatakan apabila BN dan PN bertembung akan menguntungkan PH,” katanya.

Sementara itu, menuju saat-saat akhir fasa kempen, BN mendahului di hadapan berbanding dua gabungan yang lain.

Katanya, dua faktor PH berpeluang untuk menang iaitu peratusan keluar mengundi melebihi 80 peratus dan PN berupaya memecahkan dominasi undi Melayu yang dimiliki BN.

“Jika dua situasi ini tidak berlaku, maka BN berupaya tampil sebagai pemenang,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here