KES baharu Covid-19 meneruskan trend peningkatan dengan 6,380 kes direkodkan hari ini berbanding 6,288 kes, semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan keseluruhan 2,569,533 kes Covid-19 telah direkodkan di Malaysia, setakat ini.
Menurut Dr Noor Hisham, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman CovidNow. – Malaysiapost

