
SEBANYAK 68 kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 29,837 sejak virus tersebut melanda negara.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, 12 daripada 68 kes kematian yang direkodkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Setakat tengah malam tadi, terdapat 66,793 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah tersebut, seramai 52,235 individu atau 78.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 8,242 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sementara itu, terdapat 5,780 kes dirawat di hospital dan 536 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 285 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 251 lagi memerlukan mesin ventilator. – Malaysiapost
