Nilam Oshman
MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan tiada produk berasaskan kanabis untuk kegunaan rawatan perubatan manusia yang berdaftar di Malaysia.
Beliau berkata, ada pihak mencadangkan agar dasar melibatkan pemilikan produk perubatan kanabis termasuk yang tidak berdaftar dikaji dan pindaan akta berkaitan dibuat selari amalan antarabangsa seperti di Conversations Viena.
“Jadi, untuk makluman ahli Yang Berhormat, akta sedia ada mengawal selia kanabis dan hasilnya di Malaysia iaitu Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun, Akta Jualan Dadah… kesemuanya (dibawah akta) 1952, tidak menghalang kanabis bagi tujuan perubatan.
“Sekiranya terdapat pihak mempunyai bukti sainstifik mencukupi untuk menggunakan kanabis bagi tujuan perubatan dengan mengambil kira aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan, permohonan untuk mendaftar pengeluaran mengandungi kanabis untuk tujuan perubatan tersebut boleh dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Kawalan dan Dadah.
“Ia untuk dinilai dan didaftar di bawah peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, seterusnya dipasarkan di Malaysia,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata,
buat masa ini, tiada produk berasaskan kanabis untuk kegunaan perubatan manusia yang mendaftar di Malaysia.
“Tetapi pihak Berkuasa dan Kawalan Dadah pernah mendaftar satu produk berasaskan kanabis iaitu syntivec pada tahun 2014.
“Namun begitu, atas permintaan pihak syarikat itu sendiri pendaftaran produk ini telah dibatalkan pada tahun 2017.
“Namun demikian, Kementerian Kesihatan mengalu-alukan terutama ujian teknikal dalam melihat keberkesanan, kualiti dan keselamatan produk perubatan kanabis untuk dikaji dan digunapakai di Malaysia.
“Saya telah menerima beberapa cadangan untuk diadakan ujian klinikal bagi mendapat kepastian sepertimana disebutkan saya tadi,” katanya – Malaysiapost

