PRN Melaka umpama Keluarga 69 – Tok Him

0
1

PRESIDEN Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Paduka Ibrahim Ali menyamakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seperti filem Keluarga 69 lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Katanya, ini kerana ketika kempen Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) saling ‘membantai’ tetapi di peringkat Persekutuan bersama membentuk kerajaan.

“Di Pusat bersama bentuk kerajaan tetapi di PRN Melaka bergasak sampai lumat. Bercelaru dan macam Rojak Jawa. Rojak Jawa sedap dimakan, tapi di PRN Melaka seperti rojak basi dan beracun.

“Pakatan Harapan (PH) pula tiada yang baru dan politik seperti lagu Pop Yeh Yeh. Apa guna berjanji kalau tak ditepati. Berangan tak sudah.

“PAS pula bulan hilang terus. Bulan tak mengambang. PAS tengelam dalam cuaca buruk. Tengok video pun tak nampak dan tak kenal,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ibrahim atau mesra dengan panggilan Tok Him berkata tambah bercelaru apabila ceramah tidak dibenarkan atas alasan Covid-19.

“Selamatlah BN (Umno/MCA) dan PN (Bersatu/PAS) dari Pidato Anwar (Ibrahim) dan Mat Sabu. Inilah tujuan yang tersirat. Tidak ada tokoh dari BN atau PN yang boleh jadi ‘crowd puller’ dari ribuan rakyat.

“Tok Him juga tidak boleh berpidato. Kalau tidak BN PN dan PH pasti jadi ayam penyet. PRN yang berat sebelah. PRN yang cacat. PRN yang menyedihkan,” katanya.

Dalam PRN Melaka ini, Putra meletakkan seramai lima calon daripada 28 kerusi yang dipertandingkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here