PM bawa cucu ke parlimen rai Hari Kanak-kanak

0
2

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini membawa cucunya, Jeanelle Nika ke Parlimen bagi meraikan Hari Kanak-kanak Sedunia 2021.

Menerusi rakaman video berdurasi 55 saat memaparkan Ismail Sabri berpegangan tangan dengan Jeanelle dan beriringan masuk ke Parlimen bagi menghadiri sambutan itu.

“Hari ini, cucu saya Jeanelle Nika Mandagie turut bersama saya di Parlimen meraikan Hari Kanak-Kanak Sedunia.

“Kanak-kanak amat dekat di hati saya kerana mereka merupakan anugerah Tuhan yang amat berharga kepada kita.

“Saya percaya adalah tidak memadai jika kita hanya memperuntukkan satu hari dalam setahun untuk mengingati hak dan keperluan yang sepatutnya dinikmati oleh mereka,” katanya.

Ismail Sabri turut berpesan kepada semua pihak untuk sentiasa melindungi kanak-kanak agar terhindar daripada anasir negatif.

“Kita sebenarnya perlu berusaha lebih melindungi kanak-kanak kerana di antara mereka bakal menjadi pemimpin yang hebat di masa akan datang.

“Marilah kita berikrar untuk melindungi anak-anak kita daripada segala amalan yang memudaratkan dan diskriminasi kerana mereka adalah bunga-bunga taman Allah SWT,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here