Monsun Timur Laut: PERHILITAN had lokasi lawatan pengunjung di Taman Negara Pahang

0
2

PEJABAT Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang menghadkan pembukaan lokasi di Taman Negara Pahang susulan Monsun Timur Laut yang berisiko kepada pengunjung.

Arahan itu berkuat kuasa 15 November lalu hingga 15 Januari tahun depan.

PERHILITAN memaklumkan lokasi yang dibuka adalah di Rentis Bukit Teresek merangkumi rentis yang dilengkapi dengan ‘boardwalk sekitar Taman Negara.

“Lokasi kedua, Rentis Lata Berkoh, yang merangkumi laluan yang bermula dari Lubok Simpon sehingga ke Lata Berkoh serta Titian Kanopi dibuka (bergantung kepada keadaan cuaca),” katanya.

Selain itu, Taman Negara Pahang di Sungai Relau iaitu Rentis Palas dan Rentis Interpretif turut dibuka.

“Kawasan selain yang dinyatakan di atas merupakan kawasan berisiko tinggi kepada pelancong dan orang awam seperti risiko pokok tumbang, kenaikan paras air sungai, kepala air, tanah runtuh dan ribut,” katanya.

Sehubungan itu, Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia menasihati orang awam supaya sentiasa berwaspada ketika menjalankan sebarang aktiviti luar pada musim tengkujuh. – Malaysiapost

Kredit Foto: Iluminasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here